.

Some Stuff

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

YYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
Ads
Tips untuk Window XP dan Vista
25 April 2008



Tips XP

Hasilkan Icon ada sendiri

Buat apa anda gunakan ikon lama yang memboringkan walhal anda boleh membuat ikon anda sendiri. Gunakan perisian komputer yang boleh mengedit gambar dan hasilkan gambar dengan saiz 48X48 piksel atau setkan saiz gambar anda . Simpan(save ) sebagai format bitmap dan tukarkan nama dibelakangnya dengan ico(gambar.bmp kepada gambar.ico). Untuk menggunakan ikon yang anda hasilkan sila klik kanan kepada folder Hard drive anda dan pergi ke Properties>Customize>Change Icon. Ataupun anda ingin menukar sistem ikon anda, buka Display Properties dan klik Customize Desktop dibawah tab Desktop. Anda boleh menukar ikon untuk semua jenis file dengan buka My Computer, clicking Tool, Folder Option, File Types, Advanced, dan tukar ikon.


Masukkan Destinasi lain ke Menu “Send To”



Pemindahan data dengan mengunakan “Send To” akan menjimatkan masa anda, tetapi ia tidak akan menolong jika destinasi yang anda mahukan tiada didalam menu. Untuk tambah destinasi anda sendiri, pergi ke Run daripada menu Start(untuk vista taipkan Run dalam Search box dalam Vista menu Start) dan taipkan “shell:sendto”. Buatkan shortcut yang anda mahukan



Butang Shortcuts yang mesti anda tahu

Terdapat banyak kerja dalam Window yang didatangkan dengan butang jalan pintas(shortcuts keys), disini terdapat lima shortcutkeys yang dijamin akan meningkatkan daya pengeluaran anda:


Shift + Delete : terus membuangkan secara kekal file yang anda delete tanpa
memasukkan dalam Recycle Bin.

Alt + Print Screen : hanya akan menyalin(copy) window yang aktif sahaja.
Butang Window + M : mengecilkan (minimize) semua window yang dibuka.


CTRL + ESC : Memanggil Start Menu


Shift + Tab: Tab kebelakang didalam Form.




Untuk Vista


Buka Program dengan Butang Window
Dengan menggunakan Butang Window disertakan kombinasi butang nombor 0 hingga 9 anda akan dapat membuka program secara urutan didalam Quick Launch toolbar yang ada(jika tidak ada, anda boleh klik kanan ke Taskbar dan pilih Quick Launch daripada menu Toolbar) dan kemudian susun 10 program pertama yang anda suka.



Kembalikan Menu Bar XP

Didalam XP, kita biasa akan melihat File, Edit, Vie, Tool dan Help didalam Menu bar , tetapi didalam Vista, mengubah rekabentuk dokumen dan window supaya ia menyerupai IE7(Internet Explorer 7) yang tidak selesa digunakan. Satu cara untuk mengembalikan menu asal adalah klik organize>highlight Layout>menu bar , yang akan rekabentuknya secara kekal. Untuk penyelesain sementara, tekan butang Alt, yang akan menaikan menu window yang tiada.


Labels:

posted by Nana Tanjung @ 8:25 PM   1 comments
Tips untuk perkomputeran yang lebih selamat (1)
23 April 2008
Paling minimum

Install Antivirus
Selalu mengemaskini, jalankan scan virus selalu dan biarkan antivirus anda menyemak mesej yang anda diterima. Tanpa ini komputer anda memang dijamin akan dihinggapi virus.

Kemaskini spyware
Spyware ini mungkin digabungkan dengan anti virus anda, kemaskinikan selalu dan selalu scan komputer anda. Ia dianggap sesuatu idea yang baik jika menginstallkan beberapa perisian antispyware seperti Window Defender(disertakan dalam Vista) dan Spy Sweeper

Jangan memasukkan berbagai jenis Firewall atau perisan anti virus
Ia kelihatan seperti anda mendapat perlindungan sebanyak dua kali ganda untuk memiliki dua antivirus, tetapi ia sebenarnya akan memberikan anda dua kali ganda pening kepala. Sama jugaklah dengan dengan memiliki dua Firewall.(Antispyware adalah cerita lain).

Membenarkan kemaskini secara automatik(tidak elok untuk perisian cetak rompak)
Benarkan perisian sistem Window atau Mac mengemaskini secara automatic jika ia mahu kerana Microsoft dan Apple secara beransur-ansur akan menyediakan tampalan untuk lubang keselamatan yang bocor yang mereka temui.

Jangan menerima format EXE
Memuat turun “executable files(berakhir dengan .exe,.com, .bat dan .scr)”(selalunya format ini digunakan menginstallkan sesuatu) adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan,berhati-hati apabila menerima email yang formatnya berakhir dengan .doc(format Microsoft word 2003 dan kebawah) dan .xls(format excel 2003 dan kebawah).

Perjalanan Trafik
Jika anda mengunakan servis Broadband tetapi anda tidak mempunyai router,cuba dapatkan satu. Internet sambungan berwayar(Wired) atau tidak mengunakkan wayar(Wireless) router adalah lebih murah

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 4:35 PM   3 comments
RAM(Random Access Memory)
Kapasiti RAM. Lebih banyak RAM yang anda miliki, lebih lancar komputer anda dalam menjalankan banyak program dalam satu masa. Jika anda mengunakan Window XP anda sudah dikira selamat apabila mengunakan 512MB RAM sahaja , tetapi 1GB RAM adalah keperluan minimum bagi apa jenis sahaja versi Window Vista- Home Premium atau Ultimate- atau anda berminat bermain game atau anda membuat kerja yang berat(cth render video) jangan berpuas hati dengan kapasiti 2GB RAM sahaja, cuba dapatkan lebih daripada itu.
Jenis RAM dan kelajuannya. Kelajuan maksimun sesuatu memori PC(Personal Computer) yang boleh ditanggung adalah bergantung kepada Chip Motherboard komputer anda. Pembuat memori seperti Kingston,Corsair dan Crucial menyediakan satu scan system komputer anda dilaman web mereka, yang akan memilih untuk anda RAM yang terbaik untuk komputer anda. Jenis RAM yang selalu digunakan sekarang adalah DDR2 SDRAM, yang kelajuannya diukur dengan ukuran Megahertz (lagi tinggi lagi bagus). Anda boleh membeli RAM yang lebih laju daripada keperluan anda , dengan itu boleh meningkat lagi prestasi komputer anda itupun jika komputer anda menyokong kelajuan yang tinggi. Jenis RAM baru iaitu DDR3 yang mempunyai kelajuan jam dan kecepatan data yang tinggi tidak dapat berfungsi jika system anda menyokong DDR2.
Harga lawan Prestasi. Pembuat Ram selalunya menyediakan pilihan RAM yang berharga murah dan RAM yang berprestasi tinggi yang berharga lebih mahal.Tetapi selalunya pengguna yang memerlukkan kelajuan yang maksimun (gamers dan penyunting video) yang sepatutnya membeli RAM berprestasi yang mahal.

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 2:26 PM   0 comments
Keselamatan
Logo “Hacker Safe” diserang berikutan laman webnya berjaya ditembusi.



Lebih daripada 80, 000 laman web yang mempamerkan satu logo kecil yang mengatakan laman web mereka selamat daripada serangan penggodam. Tetapi syarikat yang menguruskan logo keselamatan ini Scan Alert, menjumpai diri mereka dalam keadaan defensif kerana baru-baru ini peniaga Geeks.com yang mengunakan logo ini telah memberi amaran kepada pelanggannya yang kemungkinan data peribadi dan data Kad Kredit telah dicuri oleh penggodam(Hacker).
Logo ScanAlert digunakan secara meluas dan boleh dijumpai didalam berdozen-dozen laman web yang berjenama tinggi seperti laman web Sony. Disebabkan popularitinya yang meluas telah berjaya menarik McAfee yang telah membeli ScanAlert tahun lepas . Seorang jurucakap daripada ScanAlert mengatakan bukti awal menunjukkan kecurian data penting pelangggan Geek.com dalam bulan januari, barangkali berlaku semasa salah satu masa ketika ScanAlert menarik balik pengesahannya daripada Geek.com selepas menjumpai beberapa bahaya dalam laman web site itu. Walau demikian, insiden ini telah mewujudkan satu perdebatan akan nilai logo ini. Pengurus web site mengatakan servis scan secara automatic dapat mengesan beberapa kecacatan keselamatan dan ia berharga sebagai alat pemasaran yang berkesan.

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 1:36 PM   2 comments
Laptop

Acer Aspire 7520-5115

Laptop ekonomi yang tidak terlalu laju, tetapi ada Uummhhnya.


Untuk pengguna yang tidak memerlukkan komputer yang berkuasa tinggi dan penggunaan multimedia yang melampau, laptop besar Acer Aspire 7520-5115 yang mesra pengguna ini boleh dianggap sebagai penjimatan wang apabila membelinya. Sepertimana anda jangkakan,Laptop Aspire 7520-5115 seberat 3.5kg ini tidak elok digunakan untuk ‘balik kampung’, laptop berharga $946(anggaran kurang daripada RM3330) adalah lebih elok digunakan untuk diletakkan atas meja, bukan didalam beg bimbit dan beg galas(kerana saiznya yang besar). Anda akan dapat kemudahan seperti mengunakan desktop komputer biasa dengan saiz keyboard yang besar dengan keypad bernombor, 17 inci Lcd(saiz skrin komputer), S/PDIF output untuk audio digital dan FireWire port. Apa yang menariknya, laptop ini disertakan dengan kad video yang berkuasa iaitu nVidia ‘s 256 Geforce 8400M. Malangnya,pemprosesan AMD Turion 64X2 TL-52 telah membuatkan kemampuan komputer ini menurun. Tetapi saya suka dengan keyboardnya yang lebih lebar ,selesa dan Touch padnya yang lebih besar. Selain itu Webcam yang dibina didalamnya beroperasi dengan lancar , tapi saya kecewa kerana Acer menggunakan applet yang hanya boleh merakam bingkai statik (gambar ) dan bukannya video. Aspire 7520-5115 dengan 17 inci LCD, laptop ini kelihatan elok seperti model Desktop biasa, dan speaker yang terbina didalam yang boleh digunakan untuk mendengar filem dan muzik. . Didalam satu eksperimen mengunakan laptop ini , semasa memainkan DVD , filem yang dimainkan kadanng kala agak tersekat-sekat terutamanya semasa peringkat permulaan. Jika anda ingin menhubungkan dengan monitor luar , laptop ini menyediakan VGA dan DVI port tetapi tidak disediakan HDMI jack. Kuasa baterinya pula Aspire 7520-5115 dapat bertahan selama 1jam 39 minit semasa memainkan DVD. Disini penulis memberikan markah sebanyak 7.0 daripada 10.0. Sekian terima kasih

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 1:15 PM   0 comments
Ucapan Dari Penulis Blog
22 April 2008
Assamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung blog Tips komputer ini. Dalam blog ini saya akan menulis beberapa tips berkenaan komputer, tidak kira samada ianya berkaitan perisian(software) dan perkakasan(hardware) komputer. Didalam blog ini saya cuba masukkan maklumat terbaru dan terkini berkenaan dunia komputer dalam bahasa Melayu. Pada pendapat saya, tidak ramai penulis blog berkenaan komputer menulis dalam Bahasa Melayu dan saya cuba usahakan supaya maklumat yang ditulis dalam blog ini benar dan senang difahami. Jika anda pengunjung blog ini ada sebarang komen atau cadangan yang boleh memperbaiki kelemahan blog, sokongan anda adalah amat dialu-alukan. Anda boleh email dengan alamat shahirnana@gmail.com . Akhir kata tunggulah artikel saya dimasa akan datang.

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 5:47 PM   0 comments
About Me

Name: Nana Tanjung
Home:
About Me: Umur: 21 tahun Status: Mahasiswa di IPTA tempatan Subjek: Sarjana Muda Teknologi Maklumat
See my complete profile <
Previous Post
Archives
Links
Powered by


BLOGGER

Copyright © 2006 YOUR NAME, All rights reserved.