.

Some Stuff

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

YYYYYYYYYYYYYYYYYYYY
Ads
Adakah versi Window Seterusnya akan keluar lebih awal
27 May 2008

Microsoft baru ini telah mengeluarkan beberapa klue yang menunjukkan Perisian sistem Window yang baru akan dikeluarkan pada tahun 2009, setahun lebih awal daripada jangkaan. Petanda ini mengisyaratkan niat Microsoft untuk mengurangkan kerugiannya melalui Window Vista, yang dimana ramai pengguna, syarikat besar segan untuk menerimannya atau cuba mengelaknnya. Syarikat Microsoft ini telah lama mengatakan yang mereka akan mengeluarkan Perisian sistem baru iaitu Window 7 selepas 3 tahun Vista dipasarkan, dan kebanyakkan orang menjangkakan tahun 2010 adalah tahun Window 7 ini mula dipasarkan. Tetapi baru-baru ini, Pengerusi Microsoft Bill Gates dilaporkan pernah mengatakan dalam responnya berkenaan Vista yang berbunyi “ Didalam masa tahun depan kami akan mempunyai Versi(Perisian sistem) yang baru”.

Microsoft juga mengumumkan rancangan untuk memanjangkan jangka hayat Window XP versi Home Edition untuk laptop yang murah, ia juga mengatakan mereka akan menamatkan perisian sistem ini pada 30 Jun,2010 atau setahun selepas Window 7 dipasarkan kemudian. Pengumuman ini menunjukkan Microsoft merancang akan mengeluarkan Window 7 pertengahan tahun hadapan. Microsoft memberitahu bahawa terdapat beberapa perubahan berkenaan rancangan untuk perisian sistemnya.
posted by Nana Tanjung @ 8:43 PM   1 comments
Laptop yang mudah alih yang sesuai
Spesifikasi membeli

Saiz
Apa sahaja laptop yang beratnya kurang daripada 4 pound(tak termasuk plug kuasannya) boleh diklasifikasikan sebagai mesin yang mudah alih.


Chip Pemprosesan
Kebanyakkan laptop yang mudah alih mengunakkan chip kurang menggunakan tenaga elektrik seperti Intel Pentium M dan Core Solo yang boleh menjimatkan bekalan tenaga bateri. Tetapi model yang baru sekarang menggunakan Chip yang lebih laju seperti Core Duo dan Core 2 Duo.

Display(Skrin Laptop)
Disebabkan laptop yang mudah alih perlu lebih kecil, saiznya adalah terhad kepada daripada 7 hingga 13.3 inci. Sekarang banyak laptop mudah alih yang disertakan dengan saiz skrin yang lebih besar yang membolehkan anda senang melihat dokumen dalam dua penjuru.

Rangkaian tanpa wayar(Wireless Networking)
Sambungan Internet tanpa wayar adalah penting didalam perjalanan, jadi system yang menyediakan radio Wi-Fi yang terbina didalamnnya. Ada juga sistem yang menyediakan WWAN dimana mendapat sambungan internet melalui rangkaian cellular apabila isyarat WI-FI tiada.

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 8:38 PM   0 comments
Berapa peratuskah kita menyukai laptop kita

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Majalah Computer Shopper menunjukkan
72%
Peserta kajian yang memiliki laptop atau menggunakannya.

88%
Mengatakan bahawa selepas ini mereka akan membeli laptop yang lebih mudah alih (berat dibawah 6pound dan Saiz skrin yang lebih kecil daripada 15 inci).


44%
Sanggup membawa laptop dengan lebih kerap jika ia lebih kecil dan lebih ringan.

76%
Meluangkan masa sebanyak enam jam dalam satu minggu dalam perjalanan daripada rumah ke tempat kerja dengan membawa laptop.

9%
Bercadang membeli laptop yang berharga lebih daripada $2,000(>RM5000)

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 8:29 PM   0 comments
Apakah Itu Bluetooth
Apakah Itu Bluetooth
Bluetooth secara asasnya ialah sambungan tanpa wayar diantara peralatan elektronik. Ia bukanlah sambungan internet tanpa wayar seperti Wi-Fi. Ia adalah satu cara yang pantas untuk menyambungkan peralatan elektronik tanpa mengunakan wayar seperti handphone disambungkan ke handphone lain, komputer disambungkan ke printer atau keyboard atau PDA yang disambungkan ke komputer.
Kelebihan
Kelebihan Bluetooth adalah sambungan tanpa menggunakan wayar, ia boleh menyambungkan 8 peralatan elektronik dalam satu masa dan ia pantas. Apabila saya kata pantas, ia adalah 721 Kilobits sehingga 3 Megabits sesaat. Semasa ia lambat ia dikira dua atau tiga kali ganda lebih laju daripada internet broadband dan semasa ia pantas – secara teknikal ia amat pantas(kejar yob kejar).
Jarak
Bluetooth dapat merangkumi jarak sejauh 10 meter. Ia adalah “not a line of sight” maknanya dinding dirumah anda tidak akan dapat menghalang isyarat bluetooth.
Adakah anda perlukkan Bluetooth
Saya sendiri tidak mempunyai peralatan elektronik yang mempunyai bluetooth sebabnya saya bukanlah peminat handpone yang canggih(ala sekadar untuk sms pun jadi la). Walaupun saya berbeza pendapat, tetapi ramai mengatakan bahawa apa sahaja benda yang dapat menjauhkan mereka daripada wayar bersirat dan bersilang ia adalah satu benda yang baik.

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 9:40 AM   0 comments
Tips membeli Laptop untuk Pelajar Universiti
Sekarang ramai pelajar universiti memiliki laptopnya sendiri. Ia adalah peralatan yang bagus untuk membuat asignment dan begitu juga banyak pelajar yang belajar jauh dari tempat tinggal mereka, dengan itu laptop ini senang untuk di bawa pergi dan balik dari universiti . ini bermakna juga mereka dapat belajar dimana-mana.

Langkah-langkah

1. Berfikir semula kenapa anda lebih memerlukkan sebuah laptop daripada sebuah desktop. Desktop lebih murah, jika pilihan anda lebih kepada desktop ini adalah lebih baik(bergantung kepada keadaan). Banyak pelajar yang meninggalkan laptop mereka dimeja bilik mereka daripada membawanya.

2.Buat sedikit kajian dan pastikan apa jenis spesifikasi laptop yang anda perlukan(Intel Duo Core ke , RAM 1gb ke). Kebanyakkan pelajar selalunya suka memiliki laptop laju dan menyediakan ruang storan yang banyak(kapasiti hardisk yang banyak). Kad grafik dan kad suara tidak menjadi pilihan utama melainkan anda merancang untuk bermain game.

3.Tentukkan perisian(software) yang bakal anda gunakkan sebelum membeli laptop. Kebanyakkan universiti menawarkan perisian dengan harga yang lebih murah. Ini selalunya lebih murah daripada perisian yang sama dengan komputer baru.

4. Meninjau banyak kedai yang menawarkan harga yang berpatutan.

5. Cuba dapatkan insuran. Jika universiti anda menawarkan insuran untuk laptop anda, cuba dapatkannya kerana pelajar universiti adalah sasaran popular bagi pencuri.

6. Apabila anda memiliki sebuah laptop, pastikkan anda menjaga dengan elok ini kerana menukar baru atau membaikinya adalah mahal dan memakan masa yang agak lama.

Tips


  • Cuba dapatkan open source yang sedia ada dalam internet dengan percuma, termasuk perisian sistem seperti Linux.

  • Jika anda mempunyai kawan yang memiliki laptop, tanya mereka dimana mereka membelinya dan tanya mereka mengapa mereka membeli model berkenaan.

  • Ingat anda pilihan samada membeli laptop secara online atau offline(pergi ke kedai).
    Jika anda memerlukkan laptop dalam jangka masa yang pendek, cuba jadikan sewaan sebagai pilihan anda. Banyak universiti yang menyediakan servis ini takpun kedai yang berdekatan.

  • Banyak universiti yang mempunyai program khas dengan pembuat komputer yang lebih murah, lebih berpatutan dan kadang kala tidak.(jangan takut untuk membeli dikedai)
    Banyak universiti yang menyediakan pusat komputer yang didalam kampus yang menawarkan menjual dan servis komputer. Selalunya, badan yang tidak mementingkan keuntungan ini menawarkan barangan komputer dan servis yang lebih murah berbanding diluar.

  • Jika pusat komputer atau kedai buku di universiti anda menawarkan servis komputer, periksa had servis mereka kepada jenama komputer tertentu. Periksa juga servis mereka samada dibawah jaminan(waranty) pembuat laptop.

  • Pastikan anda tahu apa jenis spesifikasi laptop yang anda perlukkan sebelum anda menjejakkan kaki ke kedai komputer. Ini boleh mengelakkan anda di tipu jurujual untuk membeli laptop yang kemudian kelak anda akan menyesal.

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 8:19 AM   1 comments
Apakah itu Spyware
03 May 2008
Spyware adalah satu perisian(software) atau satu konfigurasi perisian yang mengumpulkan maklumat tentang seseorang atau sesebuah organisasi tanpa kebenaran atau secara rahsia। Spyware selalu melakukannya dengan melihat sahaja, tetapi kadang-kala ia mengintip dengan menukar konfigurasi komputer mangsanya. Spyware boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Di bawah, saya cuba menghuraikan definasi spware dan menerangkan tentang bentuk-bentuk spyware yang selalu wujud.

1. Satu perisian pengumpul maklumat.
Spyware dapat mengumpulkan maklumat daripada pengguna komputer dan menghantarnnya mengikut masa tertentu kepada lokasi tertentu(selalunya ke server dilokasi lain)। Cara yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat dengan menggunakan kelebihan yang dibina dalam web browser untuk mengumpulkan maklumat seperti Pengawalan Active X(Active X control) yang boleh dimuat turun, plug in web browser atau program format exe yang berdikari(standalone executable program). Dibawah adalah penerangan tentang jenis cara selalunya spyware mengumpul maklumat.

Mengesan Web site(Tracking Web sites): anda tentu pernah mendengar perkataan adware, yang banyak orang mengatakan ia adalah subset kepada spyware(adik beradik kepada spyware)। Syarikat permasaran dan penyedia banner(kebanyakkan adalah sah disisi undang2) menggunakan adware semata-mata untuk mengesan web site mana pengguna lawati dan samada pengguna menolong penyedia banner. Maklumat seperti ini selalu digunakan syarikat pemasaran untuk mengurangkan duit dalam dompet pengguna. Selalunya sesetengah spyware menggunakannya lebih daripada untuk mengesan web site yang dilawati sahaja.

Merekod Taipan keyboard pengguna(Logging keystrokes): Antara cara yang paling kejam spyware adalah “key logger”, cara yang paling jahat dengan merekod setiap butang keyboard yang ditekan di dalam komputer pengguna dan menghantarnya kepada tempat penggodam(hacker)।Dengan “key logger” pengguna yang menggunakan Online Banking dan urusan pembayaran secara online di komputer , maklumat berkenaan user id, password, kad kredit dan akaun bank direkod dan dihantar ke individu yang tidak bertanggungjawab.

2. Pengubah Maklumat
Spyware boleh mengubah maklumat didalam komputer pengguna seperti alamat asal bagi browser(default home page), “search page” dan fail “Host”(satu fail teks yang mengandungi alamat IP yang selaras dengan nama host). Diantara jenis spyware yang menukar maklumat komputer pengguna adalah “scumware”, yang perkataan datang daripada plug in browser yang boleh mengubah rupa bentuk sesuatu web site, selalunya menukarkan banner tambahannya dengan banner miliknya. Sesetengah web site menyediakan banner tambahan yang membawa pengguna kepada pemilik web site itu contoh Amazon.com, tetapi scumware memasukkan banner tambahan miliknya ditempat didalam web site selalunya pengguna lihat.

Labels:

posted by Nana Tanjung @ 2:01 PM   3 comments
5 Perisian Antivirus terbaik didalam pasaran
02 May 2008
Perisian Keselamatan sekarang berhadapan dengan tugas yang sukar untuk menangani ancaman baru yang sentiasa menyasarkan komputer Window, tak dilupakan juga spam e-mail, phishing dan ancaman lain. Untuk mengetahui pakej keselamatan(mengandungi anti-virus, anti spyware dan lain-lain lagi) yang terbaik untuk mengatasi serangan hebat daripada ancaman baru, disini saya lampirkan beberapa keputusan eksperimen daripada majalah antarabangsa berkenaan komputer yang terkenal seperti PC World dan PC. Majalah-majalah ini mengunakan ujian yang sukar dengan mengunakan versi Window Vista 32-Bit.

Syarikat keselamatan Jerman AV-Test.org menilai antivirus, antispyware dan komponen Firewall didalam setiap pakej keselamatan yang menentukkan sejauh mana perisian ini mengesan malware(program jahat) yang diketahui dan tidak diketahui (dikesan secara heuristic- dikenali melalui persamaan ancaman yang telah dikenali dari segi kod yang jahat atau kelakuan yang sama). Didalam artikel ini saya sediakan ringkasan ulasan mengenai pakej Keselamatan ini.



Symantec Norton Internet Security 2008(perlindungan sebanyak 3pc)


Daya pengesanan ancaman : 91%
Daya pengesanan Adware dan Spyware : 89%
Pengesanan Heuristik : 10%
Daya membasmi Malware : 80%
Markah keseluruhan (100%) : 84%

Symantec
Symantec “Norton Internet Security 2008 Suite”, boleh mengesan sebanyak 91% kadar lebih daripada biasa dalam mengesan sebanyak 674 589 sampel malware(program jahat) yang tidak aktif simpanan AV-Test.org. Ia senang digunakan dan didatangkan dengan beberapa kelebihan tambahan.
Pakej Symantec juga mengatasi program lain dalam menghapuskan infeksi virus. Secara khususnya, Norton dikira juara dalam menentang rootkits(malware direka untuk menyembunyikan malware lain). Ia dapat mengesan setiap sampel rootkit aktif atau tidak aktif dan berjaya dalam meneutralkannya. Pakej ini 1 daripada dua program (satu lagi adalah program Checkpoint ) didalam mengesan dan menghalang malware yang belum dikenalpasti dengan hanya menilai cara kelakuan malware itu. Tetapi, Pakej Symantec menghasilkan keputusan kedua terburuk dalam pengujian heuristic, ia hanya dapat mengesan hanya 10% daripada sampel dengan menggunakan “Signature File” yang sebulan lewat untuk mengesan ancaman terbaru. Toolbar “Norton Confidential”, direka untuk Firefox dan IE(Internet Explorer), menghalang laman web berbentuk phishing dan ia memeriksa kelemahan yang dikenali dalam Browser Internet Explorer 6 dan 7.
Bentuk antara mukanya(interface) direka dengan menarik dan mesej pop-up pemberitahuan berkenaan ancaman dikesan secara amnya senang difahami. Entries lognnya adalah mengagumkan kerana ia memudahkan pengguna dalam mengetahui apakah aktiviti yang telah dilakukan oleh program ini. Satu kritikan yang paling besar adalah, apabila kita membuang (uninstall) pakej ini, ia akan meninggalkan komponen Live updatenya. Anda perlu tahu kedudukannya dalam komputer untuk membuang sepenuhnya.

Kaspersky Lab Internet Security 7.0(perlindungan sebanyak 3pc)

Daya pengesanan ancaman : 96%
Daya pengesanan Adware dan Spyware : 90%
Pengesanan Heuristik : 14%
Daya membasmi Malware : 70%
Markah keseluruhan (100%) : 83%

Makmal Kaspersky(Kaspersky Lab)
Kaspersky Lab Internet Security 7.0 menyediakan bentuk antara muka yang bagus dengan prestasi mengesan ancaman yang berkesan. Tetapi, ia lambat dalam menjalankan scan keselamatan(nak scan virus memang lama). Pakej ini menghasilkan keputusan yang baik dalam ujian mengesan malware dan menghapuskannya. Ia melakukan kerja yang baik dalam mencari ancaman yang tersorok dalam fail archive(rar,zip) , dalam berbagai jenis trafik email dan memberikan respon yang paling cepat dalam menangani serangan malware yang baru, menyediakan “signature” dalam masa 2jam. Program Kaspersky hanyalah satu-satu program yang mampu mengesan email worm Warez yang terkandung dalam file archive yang diuji, yang dimuat turun(download) melalui protocol email IMAP. Didalam ujian saya yang tidak rasmi, ia mengeluarkan amaran pop up yang jelas sebelum file yang jahat ini mampu beroperasi dalam cakera keras(hard disk). Apabila saya mengarahkan pakej untuk mengendahkan amaran pertama itu, ia sekali lagi memberi amaran kepada saya apabila saya cuba menyimpannya(save).Inilah sifat yang kita nak didalam sesebuah pakej keselamatan. Kecepatannya dalam melakukan scan adalah amat mengecewakan kerana ia mencatat masa kedua terlambat dalam 8 pakej keselamatan yang diuji.

Pakej ini juga akan memberi amaran kepada pengguna apabila ada program yang ingin memasuki atau menghantar data daripada kawasan storan yang dilindungi, contohnya lokasi didalam IE(Internet Explorer) dimana anda menyimpan password, dengan itu pengguna tidak perlu menetapkan nombor kad kredit atau data yang sensitif yang anda ingin lindungi kerana pakej ini akan tahu melindungi apa sahaja dalam kawasan yang patut dilindung. Kelemahannya dalam pakej ini adalah, dari asal ia tidak menetapkan scan harian(pengguna yang kena menetapkannya sendiri).

McAfee Internet Security Suite


Daya pengesanan ancaman : 86%
Daya pengesanan Adware dan Spyware : 85%
Pengesanan Heuristik : 17%
Daya membasmi Malware : 50%
Markah keseluruhan (100%) : 81%


McAfee
Walaupun pakej keselamatan internet McAfee menyediakan banyak kelebihan seperti backup perisian, tetapi ia perlu fokus lebih kepada menghalang malware. Daya pengesanan pakej ini hanya sebanyak 86% dalam mengesan ancaman dalam simpanan AV-Test.org. Ini menunjukkan ia lemah yang meletakkan ia dalam kedudukan enam didalam 8pakej yang diuji. Ia juga berada dalam paras sederhana dalam menangkap sampel spyware dan adware. Tetapi pakej cemerlang dalam ujian mengesan malware yang belum dikenali. Ia berjaya menangkap 17% daripada fail malware yang baru didalam ujian heuristik, ini menyebabkan ia diletakkan di tempat ketiga daripada 8 pakej. Tapi apabila ia beralih kepada kerja membersihkan komputer yang dijangkiti virus,pakej McAfee ini hanya mampu membuang separuh daripada fail dan registry yang telah dijangkiti. Tambahan pula daya scannnya adalah yang paling lembap yang telah diuji.McAffe extra, mengandungi parental control(membolehkan ibubapa mengawal aktiviti anak mereka didalam internet), privasi data dan Network applet yang senang digunakan yang menolong anda untuk mewujudkan rangkain komputer dalam rumah anda.

Dua Kutukan lagi yang boleh saya berikan adalah anda perlu cepat menekan amaran pop up yang cepat hilang apabila pakej ini mengesan ancaman didalam komputer anda dan selepas mengesan malware dalam thumb drive(pendrive) yang disambungkan dalam komputer yang dilindungi pakej McAfee, pakej ini mengeluarkan satu report yang mengatakan ia telah membuangkan sampel malware dalam thumb drive- tetapi jika thumb drive ini diset kepada “write protected” sampel malware ini masih wujud didalam thumb drive ini. Didalam hal ini McAfee perlu lebih memberikan penerangan yang lebih jelas terhadap tindakan kepada pengguna.


BitDefender Internet Security 2008


Daya pengesanan ancaman : 98%
Daya pengesanan Adware dan Spyware : 97%
Pengesanan Heuristik : 29%
Daya membasmi Malware : 30%
Markah keseluruhan (100%) : 81%

BitDefender
BitDefender Internet Security 2008 mengalahkan semua pencabarnya didalam mengesan malware, tetapi ia akan memberikan satu pengalaman kurang menyenangkan kepada pengguna. Program BitDefender sungguh cemerlang dalam mengesan sampel malware didalam simpanan AV-Test.org. ia juga jaguh dalam mengesan malware yang belum diketahui dalam ujian heuristik dan ia seri dengan pakej kaspersky dalam kepantasannya tindakbalas keatas serangan Malware. Pakej ini berjaya mengesan kesemua keenam-enam sampel rootkit yang tidak aktif walaupun dalam usaha ia cuba menhapuskan 1 jangkitan telah menyebabkan komputer yang digunakan dalam eksperimen hang dan crashed.
Pakej ini juga tidak boleh diharap sebagai penghapus jangkitan yang baik kerana,ia berjaya menyembuhkan empat daripada lima fail yang dijangkiti tetapi gagal dalam membuang perubahan dalam registry Window. Firewall BitDefender berjaya melindungi komputer daripada ancaman luar dalam internet, tetapi ia akan mengeluarkan amaran yang tidak diperlukkan apabila saya cuba menggunakan Browser(pelayar)Firefox untuk menyambungkan ke internet. Sebaliknya ,mesej pop upnya tidak banyak menolong dalam membuang cacing email (warezov) yang dikesan. Pakej ini juga menyediakan kawalan antiphishing.

Trend Micro Internet Security 2008


Daya pengesanan ancaman : 90%
Daya pengesanan Adware dan Spyware : 84%
Pengesanan Heuristik : 13%
Daya membasmi Malware : 70%
Markah keseluruhan (100%) : 78%
Pakej Trend Micro ini tidak menunjukkan daya yang kuat dalam melawan malware tetapi ia menyediakan kelebihan yang menarik dan harga yang berpatutan. Pakej ini mencatatkan keputusan yang dianggap pertengahan dalam mengesan malware. Ia berjaya menamatkan ujian dalam tempat kelima dalam 8 pakej yang diuji dalam mengesan sampel malware dalam simpanan AV-Test.org. Keputusannya dianggap pertengahan dalam mengesan spyware , adware dan ujian heuristik. Tetapi pakej ini bertindak baik dalam membuang virus dalam komputer dengan berjaya membuang 70% virus dalam komputer yang dijangkiti virus.


Labels:

posted by Nana Tanjung @ 2:44 PM   1 comments
About Me

Name: Nana Tanjung
Home:
About Me: Umur: 21 tahun Status: Mahasiswa di IPTA tempatan Subjek: Sarjana Muda Teknologi Maklumat
See my complete profile <
Previous Post
Archives
Links
Powered by


BLOGGER

Copyright © 2006 YOUR NAME, All rights reserved.